Sunday, 12 August 2012

gaduh tanda sayang??

Sapa suka gaduh angkat tangan. Aku yakin, ramai orang tak suka bergaduh, melainkan orang yang suka cari pasal dengan orang. Aku pon tak suka bergaduh, tambah-tambah dengan abang aku dan kawan-kawan aku. Tak best bergaduh, rasa macam budak kecik, pastu bila hati dah pulih, mula rasa kesal, pastu malu nak cakap minta maaf, diam-diam je. HAHA. Macam budak-budak kan. Tapi kalau bergaduh dengan kekasih cinta, macam mana. Mesti rasa tension kan. Aku tak, aku tidor je. HAHA. Okey, betul ke fakta yang kalau satu pasangan tu asyik bergaduh, selalu bergaduh, bila bergaduh, macam dah nak putus sangat dah, tapi last-last, kawan balik, makna nya mereka betul-betul saling bercinta. Yekk, ape la ayat aku, geli. Kesimpulannya, gaduh tanda sayang, so cepat pergi gado-gado dengan orang sekeliling korang...




we had a fight last night
and i called him mad
makes me feel so sad
and i’m so ashamed

he’s my only one
i give him all my love
even though my mom says no!
i just go on and on…

no one’s gonna take him away from me..
everyday and everynight
i just wanna hold him tight
and make sure that everything stays night
and everyday and every night
to dream of him is mu delight and know that
he’ll stay with me all the way



Thursday, 9 August 2012

ayat maut seorang wanita

masa:tengah fikir merenung masa depan
tempat: meja study tapi aku tak study
mood: tak dapat detect



Haa, tadi aku ada la duk sibok-sibok tinjau belog orang. banyak la entry yang aku baca.dan disini aku rumuskan apa yang telah aku baca.ni yang dikatakan ayat-ayat maut seorang perempuan, dikatakan ayat-ayat ini sering diucapkan perempuan ketika mereka sedang marah dan dalam keadaan mood tidak baik. *ouch! thats me!*



Oleh kerana jiwa para wanita ni halus lagi suci, kerap la kaum adam mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut..






9 Ayat Maut Seorang Perempuan



1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.



2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.



3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.



4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.



5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.



6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda



7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe



8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.



9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.



Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh kami para wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata anda? betul atau tidak .. hanya anda yang boleh memastikannya …


p/s: saya hundred percent macam tu...jadi terima kasih kepada si dia

ku pinang kau dengan bismillah

assalamualaikum wbt dan selamat petang..

how about yours day ya peeps ?

hari-hari aku macam biase aje even elaun baru je masuk. just like hari-hari sebelum ni. duk bilik dan online. tidow dan makan tu kerja sampingan.tapi sekarang tengah bulan pose, tak berjalan, tak habis duit dan tak habis tenaga. yedokk ? eventhough sangat-sangat bosan. haih.

sekarang dalam mood untuk nak selalu update blog. entah ape mimpinye taktau la tiba-tiba berubah jadi rajin. rajin update blog yang tak mendatangkan sebarang faedah mahupun keuntungan ni la. bukan rajin buat assignment. assignment sikit pon tak pandang lagi. tengok subjek lagi la tak. ouh ! the very very lazyyyyy me ! adoiii~ parahhhhh =.='

oke, back to our topic, tadi tengah duk godam-godam google ade la terjumpa-jumpa pasal lagu ni. lagu ungu ft rossa- ku pinang kau dengan bismillah. aku tau lagu ni dah agak lama. cuma aku je yang agak ketinggalan zaman sikit baru nak dengar. sebenarnye aku dah dengar lama dah lagu ni tapi entah mengapa ( skema siott ! )baru hari ni aku perasan yang lirik lagu tu ada maksud yang sangat-sangat mendalam. baru aku perasan lepas aku hayati betul-betul lirik lagu tu ( tak boleh tahan la ayat aku ni ) sweet pon ade jugak ! haha *gatal* oke, kat bawah ni ada dengan lirik lagunye..



Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


alahaiii syahdunyeeee la hai lagu ni. so suwittt la. kalau la bakal asben aku nyanyi lagu ni kat aku, memang tak tidow malam dah la wa cakap sama luu *berangan* memang tiap-tiap hari la saye suruh awak nyanyi sampai  suara awak jadi macam Ramli Sarip. tu pon kalau suara awak sedap. kalau suara tak sedap pun takpe, saye terima seadanya. saye kan baik. cuma jangan nyanyi je la awak ye :p 
oke, cukup la setakat hari ni. sekarang ni misi untuk mencari calon bakal suami pulak. eh tak. misi untuk tengok drama korea. aku baru je nak layan cerita HEARTSTRING. alaa, yang cerita baru tu la. Park Shin Hye dengan Jung Yong Hwa CNBLUE berlakon tu la. kalau tak tau, sila dapatkan khidmat GOOGLE. Yong Hwa Oppa, here I come ! adios amigos ! have a  nice day peeps :)

lelaki idaman

masa: tengah guling2 atas katil
tempat: atas katil dalam selimut hello kitty
mood: tengah gatal nak kahwin


selamat malam menjelang pagi... dah pagi pun..tapi mata segar je macam seminggu dah tido tak bangun2..hahaha..tapi memang aku ni kuat tido pun..benda lain lepas lagi..basuh baju handwash lulus lagi...masak memasak memang teramat la lulus..senang citer la,boleh jadi calon isteri mithali la..(sape2 nak jadi calon boleh la try isi borang) hahaha.. tapi datang je part tido... perghhhhhh!! takleh tahan mata ni walau sesaat pun ...rasa macam bertan2 besi duk tergantung kat kelopak mata ni... tup..tup...dah tido..hahaha.. padahal memang hobi tido pn ..hahaha..nikmat gile..... okay,apa yang aku merepek ni? sebenarnya nak tulis entry pasal kawen... seterusnya di bawah..

entry hal kawen ni...dah gatal sangat ke? memang dah gatal pun ..wahahaha.. aku teringin gile nak kawen muda..aku tengok sweet gile pasangan yang kawen muda ni.. aku pun teringin jugak.. macam bahagia je hidup... ada orang sayang... dapat manja2 sweet2 dengan si dia.. ada orang tolong bila kemas rumah..bila memasak (tapi hubby saya takleh ye masuk dapur bila saya sedang memasak..HARAP MAKLUM!).. wah... bestnya dapat buat semua benda sesama.. berdua pulak tu... bahagianya hidup...

lagi bahagia hidup kalau dapat pasangan yang ada rupa... means kalau laki tu kacak,kulit kuning langsat,kalau itam manggis ada tak? pastu hidung mancung tapi tak la mancung cam pakistan jual karpet tu...hahahaha..lagi, yang agak berada.. kerja pun okay..kelulusan tinggi...senang citer yang macam biasa dalam novel2 tu.. al-maklumla kaki novel la katakan... tapi tak kesah la semua tu.. kalau dapat yang macam tu kira bonusla...eee..bestnya..



tapi kalau aku la....

DARI SEGI RUPA
aku tak nak la yang terlampau or laki yang termasuk dalam kategori terlampau kacak..karang kacak2 aku ni jugak yang merana... menjeruk rasa..hahaha.. yela.. orang dah kacak kan..mana la tau nak test market ke dengan pompuan lain...tak ke naye aku? kalau sorang aku consider lagi..kalau sekali nak cukup kuota cmne?? sekali bukan payung emas je yang dapat..sekali datang dengan batang tembaga atas kepala camne tuh? yela...bukan semua pompuan rela bermadu dan dimadukan...madu memang manis.. tapi madu poligami, perghhhhhhh... pahit gila... tak sanggup aku nak kogsi... so,kalau dari segi paras rupa, aku pilih yang biasa2 je.. aku pun bukan lawa mana nak yang hensem2 ni...

DARI SEGI KERJAYA
dari segi kerjaya pulak aku nak yang kerja biasa2 jugak.. nak yang kerja office hour je.. tak mau la yang agak bekerjaya sangat.. jap lagi bini ke mana laki ke mana.. kalau boleh aku nak avoid dari laki yang bekerjaya tentera.. tak kira la udara ke, laut ke, darat ke...polis pun sama.. tapi memang minat kaw2 la dengan laki yang berpakaian seragam ni.. minat sebab dorang tough2 kot..hahaha... da la agak kemas cara dorang.. tak minat sebab takut mejanda awal2..hahaha.. memangla ajal maut bukan urusan kita..tapi dah takot camtu nak wat camne kan? huhuhu.. kalau businessman pun akan di reject serta merta.. sibuk memanjang.. workaholic karang naye aku... wat nya dia tak balik tido kat rumah, tak mau la aku tido sorang2..hahaha.. start je hubby aku jabat tangan dengan tok kadi, dah sah dia jadi bantal aku tiap2 malam..hahahaha.. bapak gatal!! jadi kesimpulan nya, aku nak hubby aku kerja ofis hour je dan 5hari je sminggu...weekend boleh spend time dengan aku..spend time untuk shopping barang dapur every week..hahahaha

DARI SEGI KEWANGAN
kalau dari segi ni aku nak yang sederhana je.. tak mau la yang kaya sangat... karang rumah kena rompak naye je kitorang.. kene ikat pastu buang ke laut ke.. dalam erti kata lain B.U.N.U.H.... hohohoh.. banyak seram aku nak taip perkataan tu..apatah lagi ringan mulut mahu menyebut..hahahaha.. nampak gile yang aku agak penakut..ahahahaha.. ada aku kesah??  sambung balik yang tergendala tadi... aku nak yang sederhana.. setakat mampu untuk beli apa yang kitorang nak makan pakai tu je..... kalau kaya nanti susah... hari2 kena kira duit... terlampau kaya takot duit hilang...kan susah tu... tido pun tak lena...hahaaha

ciri-ciri lelaki idaman:


  • sederhana dalam semua hal
  • tanggungjawab
  • berdikari
  • teguh agama
  • caring
  • hormat org tua


dah berjela2 panjang entry kali nih....sahur pun dah dekat....nak mengundur diri dulu...huhuhuhu

salam ramadhan....


hargai saya


cubalah hargai saya selagi saya masih cinta....

tak perlu hargai saya  bila saya dah terluka..