Thursday, 25 October 2012

andai dia pendampingku



Ya allah , jika dia lah lelaki yang kau tentukan untuk menjadi pendampingku
aku memohon kepadamu kurniakan lah kesabaran dalam hati ini agar dapat aku bersabar dengan segala sikapnya
Ya allah, sesungguhnya hanya dengan izinmu dia boleh berubah Maka ubah lah dia agar dia tidak terpesong jauh dari jalanmu ya allah
Namun jika dia bukan jodoh yg telah ku tentukan untuk aku
 aku memohon kepadamu agar menjaga hatiku supaya tidak terlalu kecewa dengan takdir mu
kuatkanlah iman ku serta bimbing lah aku ke jalan yang benar
sesungguhnya aku hanya hambamu yang lemah lagi hina disisimu ya allah
 bimbinglah hambamu yang leka ini
 Amin


Friday, 21 September 2012

peluklah diriku


 dan jangan kau lepaskanku

dan jangan kau lepaskanku darimu



Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..



Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi



Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu


awak....
awak tau tak saya selalu dengar lagu
sebab lagu ni saya selalu dengar awak nyanyikan
lagipun lagu nih sama je macam perasaan saya sekarang


saya takkan mampu ketawa macam dulu lagi masa awak ada bersama saya
saya takkan bahagia macam kita bersama dulu lagi da
saya takkan pernah rasakan semua ni bila awak takde disisi saya macam dulu lagi dah
saya takkan pernah rasa sesempurna bila saya bersama awak
saya takkan pernah rasakan awak disisi saya lagi dah

saya sanggup melutut merayu berharap awak kembali lagi
saya mohon pada awak agar biarkan saya terus berharap yang awak akan kembali pada saya

saya berharap awak selalu disisi saya dan jangan lagi tinggalkan saya
jangan lepaskan saya dari genggaman tangan awak
dan jangan lepaskan hubungan kita dari hati awak
*aigooo.. saya menangis masa taip entry nih

Thursday, 20 September 2012

sad again and again

harini setelah lama aku tak bukak facebook aku aktifkan kembali. notification berlambak gila. takpe.. bukan tu yang sebenarnya aku kejarkan. aku terpanggil untuk melihat keadaan facebook si dia. YA ALLAH, hancur luluh hatiku. sakit betul sayangkan orang yang tak sayangkan kita. tak mampu nak zahirkan dengan kata-kata. apa yang aku mampu lakukan cuma zahirkan perasaan aku dengan tangisan semata-mata. YA ALLAH, sesungguhnya aku tidak menyesal diberikan cubaan sebegini. mungkin pernah satu ketika dahulu ada aku melakukan kesilapan sehingga aku diuji sebegini. YA ALLAH, terima kasih kerana masih setia bersamaku sehingga ke detik ini. aku lupa dikala aku kesenangan. semakin aku keresahan, semakin kau hampiri. terima kasih YA ALLAH kerana memberi ruang untuk aku terus mengingatiMU. 


andai awak FAHRULRAZY sudah mampu berbahagia dikala ini,
tolong teruskan kehidupan awak.
jauhi diri awak dari saya.semua takkan kembali seperti dulu.
tolong saya untuk lupakan semua kenangan antara kita.
tolong jangan pernah muncul lagi dalam 
hidup saya. cukupla kenangan
yang terus temani saya.
saya tak perlukan awak lagi dalam hidup saya.
pergila dari hidup saya selamanya.
saya mohon.

pada siapa yang pernah miliki aku



tidak mampu untuk aku berdiri
tidak mampu untuk aku tangisi
tidak mampu untuk aku turuti
tidak mampu untuk aku alami

semuanya gara-gara hati
membuat jiwaku terhenti
mogon agar kau kembali



p/s: aku dah pandai bermain kata-kata?

buat semua

asslamualaikum and evening peeps!

malam ni takde apa pun yang menarik yang boleh aku kongsi. tapi malam ni semua rumate aku text tanya khabar aku sekarang..terharu pun ada. haha. diorang semua amek berat pasal aku. soalan first aku dapat dari dorang semua "kenapa boleh putus? korang selalu sweet-sweet je dalam facebok? bergayut 24jam sehari..kenapa jadi macam tu?"

untuk semua rumate saya, saya mintak maaf sebab tak dapat jawab soalan kamu semua. macam mana saya nak bagi jawapan sedangkan saya sendiri tak tau jawapannya. maaf andai saya tak reply text kamu semua tadi. saya malu. saya segan. kamu semua bahagia dengan buah hati kamu. tapi saya?? *hmmm

and tadi i've got text from my friends MOHD HUSAINI. dia cakap saya ni macam
"bunga kian mekar, tapi dalam suasana sukar..indah awak ketara bila disentuh"
ayat........perghhhhhhhh! bikin wa gelak la der..
last text dia pun dia gelak jugak. then dia mintak maaf. untuk apa maaf tu pun
aku tak tau. dia kata aku nih bagus. aku tanya la kenapa. dia pun jawabla....
.................................
"sebab awak dalam bersedih pun masih lagi mampu untuk gelak."

pada my future hubby, walau dimanapun awak...nanti propose saya
dengan bunga rose yang banyak-banyak macam ni eh? kalau takleh,kat ladang lavender pn takpe
dah..hikhik

awak MOHD HUSAINI
ni explaination untuk statement awak yang tadi k!
saya gelak sebab saya nak hilangkan kesedihan saya. sampai bila saya nak bersedih untuk dia. dia bukannya mati pun. dia hidup lagi. *opps!!
saya dah banyak hari menangis untuk dia. tapi keadaan tetap sama. dia masih dengan keputusan dia. sekarang saya pasrah. mungkin dah tertulis untuk saya semua ni. 

buat kamu idola saya
ABAH, seronok ye ada iphone baru?
terima kasih sebab restukan hubungan angah dan dia haritu
biarpun selama ni abah marah kalau angah ada pakwe
tapi akhirnya abah restukan jugak..
abah, nanti balik kita mancing yep? set? *haha

buat kamu ratu hati saya
terima kasih MA sebab sudi dengar cerita angah haritu
berikan angah semangat teruskan kehidupan angah untuk masa depan angah
andai ada sesuatu yang angah buat nanti lukakan hati MA
angah mintak ampun dari hujung kaki sampai hujung rambut
terima kasih sebab restukan hubungan angah dan dia sebelum ni
nanti balik, angah beli something okay?

buat kamu kakak tercinta
ALONG, terima kasih sebab sudi jugaak dengar luahan hati angah ni
walaupun along dalam keaadaan tergesa-gesa malam tu
terima kasih sebab bagi dorongan untuk angah biarpun pandangan along tu
langsung takleh guna pakai..
biarla along cakap dia bukan yang terbaik untuk angah pun tapi
angah tetap anggap dia yang terbaik untuk angah selama-lamanya
terima kasih sebab restukan hubungan angah dengan dia
nanti balik kita layan mcD k? angah belanja..

buat AKAK teristimewa
akak study betul-betul tau
angah harap akak dapat banggakan ma dan abah
mungkin angah dah tak mampu nak banggakan diorang dengan diri angah
akak jangan sibuk-sibuk couple
PMR dengan SPM pun belum tentu lulus lagi
jap lagi ramai lagi yang duk tunggu kat U

buat ADIK tersayang
cepat-cepat sembuh tau
angah teringin nak tengok adik macam dulu
boleh kita naik basikal sama-sama
main layang-layang sama-sama
segalanya kita boleh main sama-sama macam dulu
angah pun teringin nak tengok adik gi sekolah cam dulu-dulu
pergi sekolah angah jemput
balik sekolah pun angah jemputkan
pastu kita sama-sama beli aiskrim makan kat atas motor
adik cepat sihat ye dik

buat teman bilikku B108 

KAK ANA
terima kasih sebab bagi semangat untuk ainul teruskan kehidupan
LIFE MUST GO ON right?
nanti hari jumaat gi camping elok-elok tau..
bawak balik biskut raya sekali...
terima kasih sebab sanggup kongsi suka duka dengan adik ni

KAK AFI 
terima kasih sebab kongsi suka duka kita bersama
dan sanggup layan kenakalan adik ni
paling penting sudi kongsi maklumat tentang KPOP 
walaupun ainul baru mula berjinak-jinak
SIWON ye kak afi *ahaks

kalau la y future hubby camni,memang kurung dalam umah je la jawabnya..ahaks
EYNA
walaupun ko bukan rumate aku
tapi sekarang bantal aku dah jadi bantal ko jugak
terima kasih sebab selalu ada bila akak nak kogsi masalah
akak dah anggap ko macam adik sendiri pun

ESHAH
walaupun ko ni gila sikit tapi terima kasih
sebab selalu hiburkan hati akak bila akak tengah bersedih
nanti teddybear akak tu kita takyah la berebut ye
kalau kau nak peluk amek la
dah takde makna semua tu pada akak
lagi akak bersama dengan teddybear tu lagi akak teringatkan dia

buat kawan saya MOHD HUSAINI
terima kasih sebab bagi saya kata-kata semangat
ceriakan kembali hidup saya yang suram untuk beberapa harini
terima kasih sebab jalankan kajian pada saya walaupun
saya tak kenal siapa awak
terima kasih untuk semua text awak tu
*ouch! i'm melting. ahaks

buat awak FAHRULRAZY tersayang
terima kasih sebab muncul dalam hidup saya
bagi saya peluang untuk rasa kasih sayang awak
saya tak pernah menyesal sebab kenal awak sebab awak la yang terbaik
yang pernah saya miliki
saya bertuah sebab dapat memiliki awak sebagai tunang sebelum ni
teruskan la cita-cita awak yang belum tercapai
insyaAllah saya akan doakan awak dari jauh
terima kasih sebab pernah hadir seketika dalam kehidupan saya dan 
tinggalkan banyak kenangan antara saya dan awak
awak harta yang paling berharga yang pernah saya ada
sampai bila pun awak tetap ditempat yang sama di hati saya walaupun kita dah takde apa-apa
maaf sebab saya tak mampu nak dengar suara awak lagi dah
saya tak mampu nak balas text awak macam dulu
saya dah tak mampu nak ketawa macam dulu
semuanya sekarang dah berubah
terima kasih sebab sudi bagi kasih sayang awak pada saya sebelum ni
walau apapun sebab awak putuskan hubungan kita
insyaAllah teddybear tu saya akan simpan untuk kenangan kita
terima kasih abang
* aigoooo..i'm cried again


TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN KITA 
DAN UNTUK SEMUANYA
SAYA BANGGA MEMILIKI KAMU SEMUA
TERIMA KASIH

Wednesday, 19 September 2012

ChurpChurp

  assalammualaikum and evening peeps..


Rasanya ramai ada account Churp Churp sendiri right? Aku juga tak ketinggalan nak ada account Churp Churp.Sambil blogging sambil dapat duit.Entri kali ini khas untuk blogger yang kurang paham bagaimana mahu jana pendapatan dengan Churp Churp.Bagi yang tak tahu apa itu Churp Churp, jom teruskan membaca dan jangan skip okay.


Churp Churp ialah sebuah media pengiklan yang bergerak atas platform social networking.KiraChurp Churp ni lebih kurang macam Nuffnang la.Hanya dua platform yang digunakan iaitu Facebook dan Twitter.Aku pasti semua ada account Facebook dan Twitter kan? Dari korang buang masa online tak tentu hala, lebih baik korang daftar Churp Churp sambil jana pendapatan kan lagi bagus?


Untuk pengetahuan korang, Churp Churp adalah anak syarikat kepada Nuffnang.Semua blogger kenal Nuffnang kan? Tapi yang membezakan Churp Churp dengan Nuffnang ialah Churp Churp tak perlu letak iklan dalam blog seperti Nuffnang.Korang hanya perlu share kempen di Facebook atau Twitter.Mudah kan? Nak tahu lebih lanjut? Cepat baca, jangan skip.hehehe


Kalau nak daftar boleh klik SINI.Alamak? Tak tahu cara nak mendaftar Churp Churp? Jangan risau, nantikan tutorial akan datang okay.Yang penting korang kena tahu basic Churp Churpni untuk memudahkan korang buat side income.Setelah mendaftar, korang akan diminta untuk activate Facebook dan Twitter korang.Kalau nak activate salah satu laman sosial pun takpe.


Benda basic yang korang perlu tahu lagi ialah di mana kita perlu share kempen di Facebook dan Twitter.Kira macam Nuffnang la.Makin ramai orang click iklan tu, makin banyak income.Tetapi awas, korang tak boleh spam link Churp Churp. Sebelum korang tweet dan post iklan tu, Churp Churp akan semak dan approve. Semakin ramai friends atau follower yang ada dalam Twitter dan Facebook, semakin tinggi rate pembayaran.

Tuesday, 18 September 2012

thanks my dear friends



jika engkau tidak punyai banyak wang
ingatlah bahawa Allah SWT telah menyediakan pahala-pahalanya  
untuk dijana setiap hari tanpa modal satu sen pun...

jika engkau tidak memiliki kenderaan yang cantik
ingatlah kenderaan yang akan digunakan olehmu kelak
untuk melintas titian siratalmustaqim...

jika engkau tidak punyai isteri
ingatlah bidadari syurga yang sungguh jelita lagi cemburu menantimu 
di akhirat kelak...

jika engkau tidak mempunyai rumah yang besar
ingatlah bahawa syurga Allah SWT telah terbuka buatm yang mana 
luasnya tidak terkata dan isinya penuh keistimewaan...

jika engkau tidak punyai sesiapa disisimu
ingatlah Allah SWT sentiasa disisimu 
yang mana ianya lebih dekat dari urat lehermu..

sabarlah menempuh dunia yang hanya sementara
sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang bersabar..

jika engkau punya segalanya di dunia ini
bersyukurlah dan ingatlah tiaa satu pun milikmu yang sebenar-benarnya
melainkan Allah SWT jua adalah tuan empunya segalanya..



p/s: i've got this text from someone who's name MOHD HUSAINI
thanx coz gave me this text... i'm glad having you as my friends..
*ouch!! i'm melting..ahaks

Monday, 17 September 2012

ALHAMDULILLAH

assalamualaikum and evening peeps...

harini takde apa aktiviti yang menarik pun cuma tadi masa layan youtube tetiba tertengok video. suweeetttt gila la dorang. *aigooooo

credit to: youtube


tetiba my face basah dengan airmata sebab rindukan dia. how sweet kalau hubungan kita dulu boleh kekal till JANNAH. *okayp! tengah berangan

i'll try to be orang yang kuat, tabah dalam harungi ujian hidup. tak selalunya hidup kita kena ketawa and bahagia kan? kadang-kadang kita perlu menangis sebab disitu baru kita boleh hargai pemberian ALLAH S.W.T...right? 

always i'm heard, ALLAH hilangkan matahari and datangkan guruh dan kilat kepada kita, kita menangis takut. without realize, ALLAH dah tetapkan yang akan datang sesuatu yang indah selepas tu iaitu pelangi yang cantik untuk gantikan matahari yang hilang.

so, now, after a couple days, i'm realize that ALLAH took you from me, and maybe one day i've got a new speacial one. raised your hand,and said ALHAMDULILLAH.



always love you, FAHRULRAZY. 

keep smile even your having a problem.

nota kaki: sorry kalau my grammar banyak salah.

sayang awak ketat-ketat

saya sayang awak FAHRULRAZY sampai bila-bila..

Sunday, 16 September 2012

its hurt





Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Thursday, 13 September 2012

PEREMPUAN YANG PENDIAM


PEREMPUAN yang BANYAK CAKAP dan BANYAK GELAK adalah PEREMPUAN yang PENDIAM bila ada MASALAH.. 
dan BANYAK MENANGIS dalam DIAM..

dapatkah aku menjadi seperti mereka?


Ya Allah, dapatkah aku menjadi ISTERI yang SOLEHAH untuk suamiku dan juga IBU serta UZTAZAH yang HEBAT buat anak-anak ku?

dapatkah aku menjadi seperti SITI HAJAR? yang berlari dari safa menuju marwah. mencari air untu
k anaknya sedangkan diriNya lapar dan dahaga.. Isteri yang TAAT pada suami dan CINTA pada ALLAH? manusia yang cekal sebagai ISTERI dan juga HAMBA..

dapatkah pula aku menjadi seperti SITI MARIAM? yang siangnya BERPUASA, malamnya pula BERIBADAT dan BERTASBIH kepada ALLAH s.w.t. Lalu dipilih RAHIMnya yang suci untuk megandung seorang bayi.

apatah lagi SITI KHADIJAH.. wanita AHLI SYURGA yang pertama disirami keimanan dan memberikan keturunan pada RASULULLAH. dan menjadi wanita pertama yang menjadi UMMATHUL MUKMININ..

bagaimana pula dengan SITI RAHMAH? isteri yang sangat PENYABAR. Tetap SETIA di sisi Nabi AYUB menjaganya, khususnya ketika Nabi AYUB ditimpa penyakit yang dideritai begitu lama.

bagaimana pula dengan wanita-wanita hebat yang lain? Allah, Allah, Allah... masih jauh untuk diriku menjadi seperti insan-insan hebat ini.. terlalu rendah imanku jika dibandingkan dengan wanita-wanita ini.. Namun, tetapkanlah hatiku dalam jalanMu agar aku sentiasa berusaha memperbaiki diri.. Allahu Rabbi.. T_T..

Tuesday, 11 September 2012

YOU'RE MINE



you want to know something? The time I was with you was the happiest i've been in a long time.I still remember the first time I fell for you..you propose me after we knew each other..
im shocked and suddenly blushing..you really touched me inside..i'm speechless!
hug me... right here... right now... in front of your friends... in front of everyone... show everyone I’m your girl..
I wanna be the reason for the smile on your face and that one girl in your life that cannot be replaced..i miss you so fucking damn much! I miss you when something good happens, because your the one I want to share it with. I miss you when something is troubling me, because your the one that understands me so well. I miss you when I laugh and cry, because I know that you are the one that makes my laughter grow and my tears disappear. I miss you all the time, but I miss you the most when I lay awake at night, and think of all the wonderful times that we spent with each other for those were some of the best and most memorable times of my life...and its you ..
im not a perfect girl..I really can’t deny it, I am who I am. I’m pretty normal.
i know im not pretty in your eyes..
and i never regret to start this conversation first because now i get what i want in my life..


p/s=Never leave something good to find something better, because once you realize you had the best, the best has found better.

Monday, 10 September 2012

HARI YANG PALING DOWN

seriusly aku down gila kaw-kaw punye pagi ni. semalam kalau post dan entry kat facsebook aku berbunga-bunga tapi pagi ni dah gugur pun bunganya separuh. tinggal separuh je lagi yang berbunga - separuh lagi... aigoooo dah tinggal daun dengan dahan je kot. pagi ni tetiba terlebih emosi pulak sampai terkeluar airmata. sekarang pun tengah duk hujan kat luar. bila pandang luar, teringat kat dia yang drive jauh-jauh haritu. huwaaaa... makin sedih lak nak luahkan kat sini. walaupun takde sape yang baca belog ni, aku tetap nak cite gak kat sini. nak luahkan benda ni kat siapa lagi kalau selama ni asyik dia je yang dengar apa yang aku luahkan. aigooooo..airmata terkeluar lagi. kilang airmata aku dah rosak ke ni? *erkkk



aku tak kisah la korang nak kata aku ni annoying gila pun sebab asyik duk menangis je. tapi korang rasa ke apa yang aku rasa sekarang? takde kan? so shut up!! kalau nak baca teruskan. taknak aku pun tak paksa. haritu dia datang melaka tempat aku study. jauh gile dari umah dia. kesian dia. first time aku nampak dia teramat letih. bangun awal pagi, lepas solat subuh terus drive sampai ke melaka. *walaupun dalam perjalanan banyak kali berhenti sebab tak tahan katanya* sampai je kat sini, aku belikan dia sarapan. kesian dia. takut dia lapar takpela aku belanja. dalam letih camtu pun, dia layan kerenah aku yang tak bape nak reti bahasa ni. ajak dia gi sana sini, dia ikut je langsung tak merungut. ajak g tesco, dia bawakan. ajak gi pantai klebang, dia drive kan. seriusly, awak lelaki terbaik saya pernah jumpa dan kenal.

tapi masih ada peluang ke saya nak bersama awak macam tu?

sebelum ni pun saya pernah ada teman lelaki. tapi semua tak macam awak. tak pernah ada lelaki yang sedia tadahkan bakul kat belakang saya masa saya shopping, yang sedia ikut saya cari barang keperluan saya, dan yang sedia belikan ubat masa saya sakit. seriusly saya betul-betul sayangkan awak. tapi semalam, awak macam dah berubah buat saya. sepanjang malam saya terfikir sampaikan saya tak dapat nak tidur. saya tak salahkan awak. saya cuba untuk fikir positif. mungkin awak sakit perut sebab tu awak tidur awal. takpun sebab awak letih drive jauh haritu. tapi tipula kalau saya kata saya tak fikirkan hal negatif tentang awak. 

syaitan memang suka kan kalau ada manusia yang jiwa nya tengah kosong? saya tak fikir apa pun semalam kecuali hal awak.


awak bagitau haritu, awak kena balik pahang terus lepas awak hantar saya balik hostel saya sebab awak ada hal keluarga awak. takpela, dapat jumpa kejap pun dah okey bagi saya. lepas tu, awak bagitau yang minggu ni awak ada outstation kat penang. takpela awak, saya tau tu kan kerja awak, awak pergila. saya tak halang. pastu awak cakap lagi, plan yang nak bawak kawan saya dan saya gi cameron highlands tu tak tau jadi ke tak. awak dah suruh saya plan dengan kawan saya tentang  tu. bila kitorang dah plan, awak bagitau lak camtu. saya rasa malu sangat nak bagitau kat kawan saya. takpela, maybe sebab faktor gaji awak yang tak masuk lagi tu kan, dengan ibu awak tak kasi, dengan kerja awak yang bertimbun, its okay la. saya cuba nak faham walaupun saya rasa down gila masa tu sebab ma saya tak kasi balik terengganu, paklong saya takde time saya cuti, awak pun cam tak jadi nak bawak saya jalan-jalan kat sana. takpela, saya habiskan cuti saya kat hostel pun takpe sorang-sorang. janji awak tetap temankan saya. tapi awak sibuk,camne nak temankan saya? takpela. saya dah biasa sorang-sorang sebelum ni. cuma doakan la keselamatan saya kat sini. boleh kan awak?

syaitan duk menghasut saya lagi suruh fikir yang bukan-bukan tentang awak. syaitan tu cakap " dia ni betul-betul ke cuma kasi alasan yang dia dah tak sayang kau? ". 

jahat kan awak syaitan tu hasut saya suruh saya fikir buruk pasal awak. saya pun last-last dah tak leh fikir dan termakan jugak pujuk rayu syaitan tu. mesti syaitan tu happy je sekarang kan sebab dah berjaya porak-peranda kan hubungan kita ni kan? tak pun memang awak dah tak sayang saya? tengok.. syaitan tak habis-habis nak saya berfikiran buruk pada awak. sampai la satu saat, saya post kat facebook saya macam orang dah putus harapan. seriusly, pagi ni saya down sangat-sangat. semangat saya tak tau kemana. emosi saya lak terlebih harini macam orang terlebih hormon je pagi ni.

malam tadi saya tacink gila dengan awak. awak last angkat call saya tengahari tu je. tapi takpe, saya faham semalam kan awak ada hal family awak. pastu malam tu, awak hantar mesej. awak cakap "salam awk". masa tu hati saya terusik gila. tak pernah awak kasi saya mesej camtu. melainkan masa mula-mula saya kenal awak. takpela, saya abaikan je perasaan saya masa tu sebab saya tak nak fikir yang buruk- buruk tentang awak sebab saya sayang awak. awak pun dah mula balas lambat mesej saya. saya cakap la " kalau awk ada kerja,awak wtla kerja awak dulu". saya cuba nak elakkan berfikiran buruk tentang awak. lepas tu awak jawab "sakit perut". saya rasa nak menitik airmata masa tu. dalam hati saya, saya berdoa " YA ALLAH, selama ni tak pernah dia balas terlampau ringkas mesej aku tapi kenapa sejak keluar haritu dia seolah berubah". saya terus singkirkan perasaan saya. sebab tu saya update saya punya belog. dulu, masa saya bergaduh dengan ex saya, saya menangis, awak yang dengar luahan hati saya, dengar saya menangis. sekarang, awak cinta hati saya. saya ada masalah dengan awak, siapa nak dengar luahan hati saya? nak tenangkan saya dikala saya menangis macam sekarang ni? aigooooo.. terkeluar airmata lagi. 

seriusly, saya perlukan awak untuk temankan hari-hari saya yang akan datang. tapi, cara awak seolah awak dah berubah. dah tak sayang saya. pagi tadi, bila saya dengar suara awak, mata saya terus terbukak. saya pun hairan malam tadi. kenapa awak tak mintak saya call awak? sedangkan sebelum ni, 24jam awak nak saya sembang dengan awak. awak macam betul-betul dah berubah. atau ni cuma perasaan saya? saya sendiri pun tak pasti. walaupun saya cuma tidur tak sampai pun 3jam, untuk awak, saya rela bangun. walaupun dalam terpaksa dan tak rela. dan sampai sekarang saya masih menahan rasa mengantuk saya. 

andai awak, MOHD FAHRULRAZY, terbaca blog saya, tentang kita, ketahuilah saya betul-betul sayangkan awak. meninggalkan awak tak mungkin dapat saya lakukan. seolah saya meletakkan diri saya sendiri di tali gantung. saya sayang awak.


p/s: bukan main panjang entry still lagi tak terluah apa yang aku sedang rasa. nevermind.

Sunday, 9 September 2012

ISTIMEWA UNTUKMU

Ya Allah terima kasih kerana mengurniakan aku seseorang yang tulus ikhlas menyayangi aku seadanya...
Ampun kan aku andai aku mensia-sia kan anugerah mu ini dengan menyakitinya dan menyusahkan nya...
Ampunkan aku andai aku tidak dapat menjaga akhlaknya serta akhlak ku ketika bersamanya dengan sebaiknya kerana diri yang lemah dan jahil ini merasa terlalu hina untuk menasihati dia...
Terlalu banyak salah ku pada bidadara yang Kau kurnia kan buat ku ini..
Jangan lah kau murka pada nya jika dia menolak nasihat dan perhatian ku kerana aku sedar diri yang tidak sempurna ini masih tidak layak untuk menasihati apatah lagi memperbetulkan dia...
Sesungguh nya dia lah yang banyak bersabar melalui segala nya bersama ku...
Kau kurnia kan lah keampunan buat kami Ya Allah...
Andai dia adalah jodohku..
Kau satu kan lah hati kami...
Kau kurnia kan lah cinta yang tulus antara kami...
Kau satu kan lah kami di dunia dan di akhirat sebagai pasangan suami isteri yang kau redhai...
MOHD FAHRULRAZY BIN ABDUL RODZI

TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA


Sunday, 2 September 2012

HARAPAN UNTUK CALON SUAMI PART 1: rumah idaman

buat calon suamiku.....

saya ada la usha-usha rumah.eceeehhhhh cam rumah idaman la lebih kurang. mention lagi sekali..RUMAH IDAMAN. saya tak mintak pun rumah yang sebegini rupa pada awak. saya tak nak harta benda. cukup setakat KASIH SAYANG yang awak hulurkan pada saya.haha jiwang tak saya sekarang? 







saya nak rumah yang design camtu... saya nak rumah yang takde bumbung. senang sikit saya nak tanam pokok bunga. untung-untung dapat buat bisnes jual sayur.haha. bukan kedekut tapi saya ambik peluang yang ada. memanfaatkan ruang. (=,=)'

saya rasa ni pun da cukup kan untuk family kita nanti? kan2?

kalau desing ni saya nak tukar jadi warna pepel jugak..boleh kan calon suami saya?

untuk bahagian kitchen pulak saya nak design yang cam kat bawah nih. PERHATIAN!!!  warna pun saya nak warna yang sama..warna pepel. barula shiooookkkkk saya nak masak untuk awak kan calon suami saya.hehe. 


okay tak?

ruang tamu rumah kita nanti nak camni ea....

yang bahagian ruang tamu tu saya nak warna putih campur hitam sikit.campur merah sikit. nampak cam mewah sikit kan? modern pun ada.haha. saya tak nak rumah kita nanti banyak perabot sangat. kesian saya nanti kena kemas banyak benda. let makes it simple but nice.haha. tv pun mesti besau-besau punye ea. senang saya nak tengok oppa-oppa saya.haha



nota hati: apa pun yang saya merepek kat sini,saya tak mintak semua ni dari awak.
cukupla awak sentiasa ada dekat dengan saya selepas ijab kabul nanti.
insyaALLAH

Sunday, 12 August 2012

gaduh tanda sayang??

Sapa suka gaduh angkat tangan. Aku yakin, ramai orang tak suka bergaduh, melainkan orang yang suka cari pasal dengan orang. Aku pon tak suka bergaduh, tambah-tambah dengan abang aku dan kawan-kawan aku. Tak best bergaduh, rasa macam budak kecik, pastu bila hati dah pulih, mula rasa kesal, pastu malu nak cakap minta maaf, diam-diam je. HAHA. Macam budak-budak kan. Tapi kalau bergaduh dengan kekasih cinta, macam mana. Mesti rasa tension kan. Aku tak, aku tidor je. HAHA. Okey, betul ke fakta yang kalau satu pasangan tu asyik bergaduh, selalu bergaduh, bila bergaduh, macam dah nak putus sangat dah, tapi last-last, kawan balik, makna nya mereka betul-betul saling bercinta. Yekk, ape la ayat aku, geli. Kesimpulannya, gaduh tanda sayang, so cepat pergi gado-gado dengan orang sekeliling korang...




we had a fight last night
and i called him mad
makes me feel so sad
and i’m so ashamed

he’s my only one
i give him all my love
even though my mom says no!
i just go on and on…

no one’s gonna take him away from me..
everyday and everynight
i just wanna hold him tight
and make sure that everything stays night
and everyday and every night
to dream of him is mu delight and know that
he’ll stay with me all the way



Thursday, 9 August 2012

ayat maut seorang wanita

masa:tengah fikir merenung masa depan
tempat: meja study tapi aku tak study
mood: tak dapat detect



Haa, tadi aku ada la duk sibok-sibok tinjau belog orang. banyak la entry yang aku baca.dan disini aku rumuskan apa yang telah aku baca.ni yang dikatakan ayat-ayat maut seorang perempuan, dikatakan ayat-ayat ini sering diucapkan perempuan ketika mereka sedang marah dan dalam keadaan mood tidak baik. *ouch! thats me!*



Oleh kerana jiwa para wanita ni halus lagi suci, kerap la kaum adam mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut..






9 Ayat Maut Seorang Perempuan



1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.



2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.



3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.



4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.



5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.



6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda



7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe



8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.



9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.



Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh kami para wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata anda? betul atau tidak .. hanya anda yang boleh memastikannya …


p/s: saya hundred percent macam tu...jadi terima kasih kepada si dia

ku pinang kau dengan bismillah

assalamualaikum wbt dan selamat petang..

how about yours day ya peeps ?

hari-hari aku macam biase aje even elaun baru je masuk. just like hari-hari sebelum ni. duk bilik dan online. tidow dan makan tu kerja sampingan.tapi sekarang tengah bulan pose, tak berjalan, tak habis duit dan tak habis tenaga. yedokk ? eventhough sangat-sangat bosan. haih.

sekarang dalam mood untuk nak selalu update blog. entah ape mimpinye taktau la tiba-tiba berubah jadi rajin. rajin update blog yang tak mendatangkan sebarang faedah mahupun keuntungan ni la. bukan rajin buat assignment. assignment sikit pon tak pandang lagi. tengok subjek lagi la tak. ouh ! the very very lazyyyyy me ! adoiii~ parahhhhh =.='

oke, back to our topic, tadi tengah duk godam-godam google ade la terjumpa-jumpa pasal lagu ni. lagu ungu ft rossa- ku pinang kau dengan bismillah. aku tau lagu ni dah agak lama. cuma aku je yang agak ketinggalan zaman sikit baru nak dengar. sebenarnye aku dah dengar lama dah lagu ni tapi entah mengapa ( skema siott ! )baru hari ni aku perasan yang lirik lagu tu ada maksud yang sangat-sangat mendalam. baru aku perasan lepas aku hayati betul-betul lirik lagu tu ( tak boleh tahan la ayat aku ni ) sweet pon ade jugak ! haha *gatal* oke, kat bawah ni ada dengan lirik lagunye..



Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


alahaiii syahdunyeeee la hai lagu ni. so suwittt la. kalau la bakal asben aku nyanyi lagu ni kat aku, memang tak tidow malam dah la wa cakap sama luu *berangan* memang tiap-tiap hari la saye suruh awak nyanyi sampai  suara awak jadi macam Ramli Sarip. tu pon kalau suara awak sedap. kalau suara tak sedap pun takpe, saye terima seadanya. saye kan baik. cuma jangan nyanyi je la awak ye :p 
oke, cukup la setakat hari ni. sekarang ni misi untuk mencari calon bakal suami pulak. eh tak. misi untuk tengok drama korea. aku baru je nak layan cerita HEARTSTRING. alaa, yang cerita baru tu la. Park Shin Hye dengan Jung Yong Hwa CNBLUE berlakon tu la. kalau tak tau, sila dapatkan khidmat GOOGLE. Yong Hwa Oppa, here I come ! adios amigos ! have a  nice day peeps :)

lelaki idaman

masa: tengah guling2 atas katil
tempat: atas katil dalam selimut hello kitty
mood: tengah gatal nak kahwin


selamat malam menjelang pagi... dah pagi pun..tapi mata segar je macam seminggu dah tido tak bangun2..hahaha..tapi memang aku ni kuat tido pun..benda lain lepas lagi..basuh baju handwash lulus lagi...masak memasak memang teramat la lulus..senang citer la,boleh jadi calon isteri mithali la..(sape2 nak jadi calon boleh la try isi borang) hahaha.. tapi datang je part tido... perghhhhhh!! takleh tahan mata ni walau sesaat pun ...rasa macam bertan2 besi duk tergantung kat kelopak mata ni... tup..tup...dah tido..hahaha.. padahal memang hobi tido pn ..hahaha..nikmat gile..... okay,apa yang aku merepek ni? sebenarnya nak tulis entry pasal kawen... seterusnya di bawah..

entry hal kawen ni...dah gatal sangat ke? memang dah gatal pun ..wahahaha.. aku teringin gile nak kawen muda..aku tengok sweet gile pasangan yang kawen muda ni.. aku pun teringin jugak.. macam bahagia je hidup... ada orang sayang... dapat manja2 sweet2 dengan si dia.. ada orang tolong bila kemas rumah..bila memasak (tapi hubby saya takleh ye masuk dapur bila saya sedang memasak..HARAP MAKLUM!).. wah... bestnya dapat buat semua benda sesama.. berdua pulak tu... bahagianya hidup...

lagi bahagia hidup kalau dapat pasangan yang ada rupa... means kalau laki tu kacak,kulit kuning langsat,kalau itam manggis ada tak? pastu hidung mancung tapi tak la mancung cam pakistan jual karpet tu...hahahaha..lagi, yang agak berada.. kerja pun okay..kelulusan tinggi...senang citer yang macam biasa dalam novel2 tu.. al-maklumla kaki novel la katakan... tapi tak kesah la semua tu.. kalau dapat yang macam tu kira bonusla...eee..bestnya..



tapi kalau aku la....

DARI SEGI RUPA
aku tak nak la yang terlampau or laki yang termasuk dalam kategori terlampau kacak..karang kacak2 aku ni jugak yang merana... menjeruk rasa..hahaha.. yela.. orang dah kacak kan..mana la tau nak test market ke dengan pompuan lain...tak ke naye aku? kalau sorang aku consider lagi..kalau sekali nak cukup kuota cmne?? sekali bukan payung emas je yang dapat..sekali datang dengan batang tembaga atas kepala camne tuh? yela...bukan semua pompuan rela bermadu dan dimadukan...madu memang manis.. tapi madu poligami, perghhhhhhh... pahit gila... tak sanggup aku nak kogsi... so,kalau dari segi paras rupa, aku pilih yang biasa2 je.. aku pun bukan lawa mana nak yang hensem2 ni...

DARI SEGI KERJAYA
dari segi kerjaya pulak aku nak yang kerja biasa2 jugak.. nak yang kerja office hour je.. tak mau la yang agak bekerjaya sangat.. jap lagi bini ke mana laki ke mana.. kalau boleh aku nak avoid dari laki yang bekerjaya tentera.. tak kira la udara ke, laut ke, darat ke...polis pun sama.. tapi memang minat kaw2 la dengan laki yang berpakaian seragam ni.. minat sebab dorang tough2 kot..hahaha... da la agak kemas cara dorang.. tak minat sebab takut mejanda awal2..hahaha.. memangla ajal maut bukan urusan kita..tapi dah takot camtu nak wat camne kan? huhuhu.. kalau businessman pun akan di reject serta merta.. sibuk memanjang.. workaholic karang naye aku... wat nya dia tak balik tido kat rumah, tak mau la aku tido sorang2..hahaha.. start je hubby aku jabat tangan dengan tok kadi, dah sah dia jadi bantal aku tiap2 malam..hahahaha.. bapak gatal!! jadi kesimpulan nya, aku nak hubby aku kerja ofis hour je dan 5hari je sminggu...weekend boleh spend time dengan aku..spend time untuk shopping barang dapur every week..hahahaha

DARI SEGI KEWANGAN
kalau dari segi ni aku nak yang sederhana je.. tak mau la yang kaya sangat... karang rumah kena rompak naye je kitorang.. kene ikat pastu buang ke laut ke.. dalam erti kata lain B.U.N.U.H.... hohohoh.. banyak seram aku nak taip perkataan tu..apatah lagi ringan mulut mahu menyebut..hahahaha.. nampak gile yang aku agak penakut..ahahahaha.. ada aku kesah??  sambung balik yang tergendala tadi... aku nak yang sederhana.. setakat mampu untuk beli apa yang kitorang nak makan pakai tu je..... kalau kaya nanti susah... hari2 kena kira duit... terlampau kaya takot duit hilang...kan susah tu... tido pun tak lena...hahaaha

ciri-ciri lelaki idaman:


  • sederhana dalam semua hal
  • tanggungjawab
  • berdikari
  • teguh agama
  • caring
  • hormat org tua


dah berjela2 panjang entry kali nih....sahur pun dah dekat....nak mengundur diri dulu...huhuhuhu

salam ramadhan....