harini setelah lama aku tak bukak facebook aku aktifkan kembali. notification berlambak gila. takpe.. bukan tu yang sebenarnya aku kejarkan. aku terpanggil untuk melihat keadaan facebook si dia. YA ALLAH, hancur luluh hatiku. sakit betul sayangkan orang yang tak sayangkan kita. tak mampu nak zahirkan dengan kata-kata. apa yang aku mampu lakukan cuma zahirkan perasaan aku dengan tangisan semata-mata. YA ALLAH, sesungguhnya aku tidak menyesal diberikan cubaan sebegini. mungkin pernah satu ketika dahulu ada aku melakukan kesilapan sehingga aku diuji sebegini. YA ALLAH, terima kasih kerana masih setia bersamaku sehingga ke detik ini. aku lupa dikala aku kesenangan. semakin aku keresahan, semakin kau hampiri. terima kasih YA ALLAH kerana memberi ruang untuk aku terus mengingatiMU.
andai awak FAHRULRAZY sudah mampu berbahagia dikala ini,
tolong teruskan kehidupan awak.
jauhi diri awak dari saya.semua takkan kembali seperti dulu.
tolong saya untuk lupakan semua kenangan antara kita.
tolong jangan pernah muncul lagi dalam
hidup saya. cukupla kenangan
yang terus temani saya.
saya tak perlukan awak lagi dalam hidup saya.
pergila dari hidup saya selamanya.
saya mohon.

0 comments:
Post a Comment
komen budak comel