Wednesday, 23 January 2013

bau wangi pada bayi



Perasan tak setiap kali kita cium bayi, ada
satu bau yang amat wangi dan
mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-
lama akan beransur hilang apabila bayi
semakin membesar bulan ke bulan

. Tahukah
anda bau apa itu?
Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam
Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah
bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-
penduduk kecil syurga"

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-
Tabrani : Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"

Tuesday, 22 January 2013

pesan buat si suami




Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya..
Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu." sahut Rasulullah. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."


Prihatin, sabar dan tawadhuknya Baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

Sunday, 20 January 2013

pesanan buat si isteri







Biarpun suamimu tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar. Suami itu tetap WAJIB dihormati dan ditaati selagi mana dia masih bergelar suami..

Redha Allah adalah selepas redha seorang suami. Dia juga adalah Imam dan Ketua keluarga. Dialah juga yang bakal memimpin tangan kamu ke Syurga nanti. Jodoh kamu dengannya telah Allah tetapkan sebelum kamu lahir ke dunia ini lagi.. :)

Tuesday, 15 January 2013

mana awak?


sekian lama aku tak tulis entry malam ni tetiba rasa nak tulis lak.. hasrat di hati ni nak tulis semalam dah.. tapi oleh sebab mata dah mengantuk disorongkan pula bantal.. maka tido la jawabnya.. semalam aku gi admin sebab nak settle kan hal pendaftaran aku.. sangat complicated gua cakap lu!! hidup aku ni dah complicated sejak seminggu dua yang lalu da pun.. cuma sekarang bertambah bebanan yang kena fikir.. nak merungut banyak kali kan tak baik lak...

sekarang ni masalah first masalah dengan pihak universiti aku ni... apa kejadahnya duk telan duit banyak-banyak tapi kerja tak jalan?? oiiii.. ingat duit tu senang ke aku nak dapat!! nak register semester pun susah ke?? aku dah bayar yuran la!! ingat tak penat ke duk ulang alik gi HEMS pahtu gi FINANCE pahtu gi AAD.. duk ulang benda sama je dalam masa dua hari ni.. esok pun kena gi lagi.. sangat memenatkan.. bila dah takleh register semester tu... nak register subjek pun jawabnya takleh la.. dah takleg register maka takleh  la nak gi kelas..

mana awak bila saya perlukan awak untuk hiburkan hati saya yang gundah gulana ni??